Kelas Ms Word (Latihan Typing)

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 13 April 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word iaitu latihan typing yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu menaip setiap perkataan dengan betul mengikut tugasan yang diberikan. Tajuk tugasan yang diberikan ialah karangan mengenai kempen Klik Dengan Bijak.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara menaip dengan betul menggunakan font mengikut latihan yang diberikan. Peserta juga belajar cara “bold”kan perkataan dan memperbaiki kemahiran menaip di kalangan peserta. Di akhir kelas,peserta diminta memeriksa hasil tugasan sekirannya mengandungi “typing error”.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali